520 |
|
|
|a Introduction: The aim of this review was to systematically explore the underlying musculoskeletal biomechanical mechanisms of carrying and to describe its potential relationship with low back pain. Methods: This literature review was carried out using AMED, CINAHL, Compendex and MEDLINE electronic databases. Articles published from 2004 to 2012 were selected for consideration. Articles were considered if at least one measurement of kinetics, kinematics or other related musculoskeletal parameters related to biomechanics were included within the study. Results: After combining the main keywords, 677 papers were identified. However, only 10 articles met all the inclusion criteria. Age, body mass index, gender and level of physical activity were identified as the factors that may influence the biomechanics of carrying activity. Carrying a loaded backpack was reported leading to posterior pelvic tilt, reduced lumbar lordosis, but increased cervical lordosis, thoracic kyphosis and trunk forward lean. Furthermore, while carrying bilaterally, lumbo-pelvic coordination was also reported to be more in-phase, as well as reduced coordination variability in transverse plane. Conclusion: Future studies investigating the biomechanics of a standardized carrying activity for clinical test are recommended. KEYWORDS: 'biomechanics', 'low back pain' & 'carrying' HUBUNGKAIT DI ANTARA AKTIVITI MEMBAWA BARANG DAN SAKIT PINGGANG: SATU TINJAUAN KRITIKAL TERHADAP KAJIAN BIOMEKANIK ABSTRAK Pengenalan: Tujuan tinjauan ini ialah untuk meninjau secara sistematik apakah mekanisme biomekanik muskuloskeletal bagi aktiviti membawa barang dan menjelaskan hubungkait di antara mekanisme tersebut dengan sakit pinggang. Kaedah: Tinjauan kepustakaan telah dijalankan dengan menggunakan pangkalan data eletronik seperti AMED, CINAHL, Compendex dan MEDLINE. Hanya artikel yang diterbitkan dari tahun 2004 hingga 2012 sahaja dipilih untuk tinjauan ini. Selain itu, artikel tersebut mestilah melibatkan sekurang-kurangnya satu pengukuran kinetik, kinematik atau parameter muskuloskeletal yang berkaitan. Hasil: Selepas menggabungkan kata kunci utama, sebanyak 677 artikel telah dikenalpasti. Walaubagaimanapun, hanya 10 artikel yang telah memenuhi kriteria tinjuan ini. Umur, indeks jisim tubuh, jantina dan tahap aktiviti fizikal telah dikenalpasti sebagai faktor-faktor yang berpotensi untuk mempengaruhi biomekanik bagi aktiviti membawa barang. Membawa beg galas yang berisi telah dilaporkan boleh menyebabkan dongakan pelvis anterior, pengurangan lordosis lumbar, tetapi pertambahan kepada lordosis servikal, kipfosis torasik dan sandaran depan trunkus. Tambahan lagi, semasa membawa barang secara bilateral, koordinasi lumbo-pelvik telah dilaporkan lebih berkeadaan dalam-fasa serta mempunyai kebolehubahan koordinasi yang berkurangan dalam satah lintang. Rumusan: Kajian tentang biomekanik bagi aktiviti membawa barang yang piawai untuk pengujian klinikal adalah digalakkan pada masa hadapan. KATA KUNCI: 'biomekanik', 'sakit pinggang' & 'aktiviti membawa barang'
|