Summary: | Kemajuan teknologi dan ekonomi negara yang semakin baik telah mendorong kepada peningkatan taraf infrastruktur di Malaysia. Salah satu kemajuan turapan jalanraya di negara ini ialah turapan blok konkrit saling mengunci. Aplikasi turapan ini mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan turapan yang biasa kita lihat sebelum ini. Blok konkrit mempunyai kesesuaian bagi ciri-ciri lapisan permukaan turapan yang baik. Blok konkrit akan menghasilkan satu ikatan saling mengunci di antara unit-unit blok konkrit tersebut. Sistem penguncian ini memberikan penyebaran beban tayar yang lebih efisien. Kebiasaannya, criteria reka bentuk yang digunakan dalam pembinaan turapan blok konkrit adalah bergantung kepada bentuk, ketebalan, corak susunan dan penggunaan terhadap beban trafik. Kertas kerja ini membentangkan hasil kajian pengucian turapan blok konkrit. Ujikaji yang dijalankan ialah ujian tarik keluar "pull out test" ke atas turapan blok konkrit ini di makmal. Hasil kajian boleh digunakan untuk membantu menghasilkan turapan blok konkrit yang lebih tahan
|