Summary: | Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti secara kolektif aspirasi kerjaya pelatih-pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional (Pontian) terhadap latihan yang diikuti. Bagi mencapai tujuan ini, seramai 98 orang pelatih telah dilibatkan secara rawak melalui soal selidik yang diedarkan sendiri oleh penyelidik. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSSversi15.0) untuk mendapatkan taburan kekerapan, peratusan dan min. Kajian mendapati secara majoritinya pelatih mempunyai aspirasi pekerjaan yang positif terhadap latihan yang diikutinya iaitu pelatih setuju mengenai keperluan pendidikan latihan kemahiran dalam pembangunan ekonomi di Malaysia, percaya tentang harapan mereka terhadap institusi kemahiran, setuju kebolehan lepasan institusi kemahiran menyesuaikan diri dalam pekerjaan, setuju jenis pekerjaan yang akan diceburi setelah tamat latihan dan setuju input dari pihak industry bermanfaat kepada kedua-dua pihak melalui latihan dalam industri.
|