Tahap keyakinan kemahiran generik di kalangan pelajar: kajian kes di salah sebuah kolej kediaman kediaman di UTM, kampus Skudai, Johor Bahru, Malaysia

Kajian ini merupakan satu analisis terhadap tahap keyakinan kemahiran generik di kalangan pelajar tahun dua di salah sebuah kolej kediaman di kampus UTM, Skudai. Kajian ini juga dilakukan dengan melihat perbezaan tahap keyakinan kemahiran generik antara jantina. Populasi kajian ialah seramai 246 ora...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Yusoff, Meriam (Author)
Format: Thesis
Published: 2007-04.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu analisis terhadap tahap keyakinan kemahiran generik di kalangan pelajar tahun dua di salah sebuah kolej kediaman di kampus UTM, Skudai. Kajian ini juga dilakukan dengan melihat perbezaan tahap keyakinan kemahiran generik antara jantina. Populasi kajian ialah seramai 246 orang pelajar daripada pelbagai kursus. Pemilihan sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 152 orang pelajar telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data dan seterusnya data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferens iaitu Analisis Skor Min dan Ujian-t. Secara keseluruhan, keputusan analisis menunjukkan tahap keyakinan kemahiran generik adalah pada tahap yang tinggi. Hasil analisis Ujian-t, juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap keyakinan kemahiran generik merentas jantina sekaligus menyokong hipotesis kajian ini. Namun demikian, diharapkan semua pihak yang terlibat memberi perhatian dan mengambil langkah yang berkesan dalam usaha memperkembangkan kemahiran generic pelajar terutamanya di UTM bagi menyediakan tenaga kerja yang memenuhi kehendsk pasaran kerja semasa dan masa depan seterusnya memastikan Negara terus survive dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.