Kesan nisbah mobiliti terhadap kecekapan penempatan gel

Kajian makmal telah dijalankan untuk mempelajari mekanisme aliran polimer pada proses pembentukan gel dalam media berliang. Polyacrylamide pada kelikatan yang berlainan (20-54 cp) telah disuntik bersama penyilang-ikat, CR3+ (200 ppm) dan Na+ (1000 ppm) ke dalam model berskala mikro yang basah air pa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Idris, Ahmad Kamal (Author), Ikhsan, Azman (Author), Kasmungin, Sugiatmo (Author), Siew, Wu Yow (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Chemical and Natural Resources Engineering, UTM, 2001.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian makmal telah dijalankan untuk mempelajari mekanisme aliran polimer pada proses pembentukan gel dalam media berliang. Polyacrylamide pada kelikatan yang berlainan (20-54 cp) telah disuntik bersama penyilang-ikat, CR3+ (200 ppm) dan Na+ (1000 ppm) ke dalam model berskala mikro yang basah air pada keadaan suhu bilik. Aliran polimer di dalam sistem air dan minyak diperhatikan dengan menggunakan mikroskop. Peningkatan kepekatan polimer akan meningkatkan kelikatan larutan dan memberi kawalan mobiliti yang lebih baik. Kajian ke atas kesan pembaikan nisbah mobiliti terhadap peningkatan kecekapan penembusan larutan polimer dalam media berliang telah dijalankan. Pada peringkat skala mikro, dapat diperhatikan bahawa polimer telah menembusi laluan yang tersedia untuk minyak, ynag tidak tercapai jika larutan polimer yang kurang likat digunakan (nisbah mobiliti yang kurang baik). Pembaikan nisbah mobilti meningkatkan kecekapan penempatan gel dengan membolehkan polimer menembusi laluan yang tersedia untuk minyak.