Summary: | Matematik merupakan salah satu matapelajaran penting yang diajar di sekolah sama ada sekolah menengah atau pun rendah. Namun, sering dikatakan bahawa kebanyakan pelajar kurang meminati matapelajaran matematik. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap minat terhadap matematik di kalangan pelajar, faktor-faktor yang menggalakkan minat pelajar terhadap matematik, dan masalah-masalah yang menyebabkan pelajar tidak berminat terhadap matematik. Seramai 200 orang pelajar tingkatan empat, lelaki dan perempuan dari dua buah sekolah di daerah Kulai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 44 item menggunakan pengukuran berskala Likert. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah ? = 0.85. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 15.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa tahap minat terhadap matematik berada di tahap tinggi. Faktor luaran seperti faktor guru dan rakan, serta faktor dalaman iaitu faktor diri sendiri dan psikologi banyak mempengaruhi minat terhadap matematik. Walaubagaimanapun, faktor ibubapa dan persekitaran berada di tahap sederhana. Manakala, masalah yang paling ketara yang menyebabkan matematik tidak diminati adalah masalah diri sendiri, diikuti dengan guru, ibu bapa, rakan dan persekitaran.
|