Summary: | Teknologi e-pembelajaran telah berkembang pesat sehingga mempengaruhi pendidikan di peringkat rendah hingga institusi pengajian tinggi. Untuk melaksanakan e-pembelajaran secara efektif, projek ini telah memilih satu system pengurusan kursus yang merupakan perisian sumber terbuka dinamakan MOODLE. Sistem MOODLE dianggap sesuai memandangkan reka bentuknya menyokong prinsip sosial konstruktivisme yang menekankan pembelajaran secara sosial semula jadi, aktif dan juga penemuan. Di samping iut, reka bentuk pengajaran ADDIE digunakan untuk tujuan pelancaranproses pembangunan. Projek e-pembelajaran yang dibangunkan ini menghasilkan bahan pembelajaran dan pengajaran Matematik Tingkatan Empat dalam tajuk Quadratic Expressions dan Statistics berdasarkan KBSM. Bahan yang disediakan unruk setiap tajuk merangkumi sumber dan aktiviti. Sumber seperti nota guru membolehkan guru untuk membuat rujukan dengan memuat turun nota tersebut dalam format HTML dan PowerPoint. Aktiviti seperti nota pelajar, menyediakan nota dan latihan kepada pelajar setelah pembelajaran berlaku. Aktiviti-aktiviti seperti quiz merupakan aktiviti yang menguji kefahaman pelajar. Aktiviti chat membenarkan pelajar berinteraksi melalui dua mod iaitu pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar. Aktiviti assignment adalah slot yang disediakan untuk pelajar memuat naik tugasan pada masa yang ditetapkan. Dalam aktiviti journal, pelajar membuat refleksi kendiri tentang apa yang telah mereka pelajari. Aktiviti Hot Potatoes pula menyediakan pelajaran yang interaktif kepada pelajar. Sistem MOODLE ini menyediakan pangkalan data yang membenarkan guru dan pelajar mengikuti prestasi mereka apabila markah, tempoh masa, kekerapan penggunaan diperolehi hasil daripada aktiviti yang disediakan. Diharapkan projek seperti ini digunakan di sekolah supaya dapat menangani masalah beban guru dan dapat membantu pelajar secara individu. Katakunci: MOODLE, Teknologi e-pembelajaran
|