Summary: | Kajian diskriptif yang dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Seramai 60 orang guru KHB di Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Pasir Mas, Kelantan telah dijadikan responden kajian. Soal selidik sebagai alat kajian dan dibina berdasarkan dokumen pentaksiran kerja kursus KHB daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia. Hasil analisis daripada kajian rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah tinggi (Alpha cronbach 0.89). Data yang diperolehi dianalisa bagi mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan ujian t. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan pentaksiran kerja kursus KHB dikalangan guru-guru KHB adalah tinggi manakala tahap kemahiran, sikap dan bentuk masalah menunjukkan tahap sederhana. Hipotesis kajian menunjukkan tiada perbezaan pengetahuan, kemahiran dan sikap antara guru KHB lelaki dengan guru KHB perempuan. Secara keseluruhannya, guruguru KHB dapat memahami dan melaksanakan pentaksiran kerja kursus KHB dengan baik. Akhir sekali beberapa cadangan telah dikemukakan.
|