Hubungan Penguasaan Konsep Fizik Dengan Minat Dan Kemahiran Belajar Dalam Kalangan Pelajar Fizik Di Universiti Teknologi Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan penguasaan konsep Fizik dengan minat dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 139 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia program Sarja...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ibrahim , Mohd Ali (Author), Buang, Hasimah (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-12-09.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan penguasaan konsep Fizik dengan minat dan kemahiran belajar dalam kalangan pelajar Fizik Bahan dan Pendidikan Fizik. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 139 orang yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Malaysia program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik) dan program Sarjana Muda Sains (Fizik Bahan). Alat kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang mengandungi 21 item soalan menggunakan Skala Likert dan 14 soalan ujian penguasaan konsep Fizik. Nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik yang diperoleh ialah ? = .86. Kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara minat dengan amalan teknik belajar (r= 0.57,) dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan tahap penguasaan konsep fizik (r=0.14). Kajian juga mendapati wujud perbezaan yang signifikan dalam tahap penguasaan konsep Fizik antara pelajar berdasarkan purata nilai gred keseluruhan,(PNGK), (p=0.042) dan program pengajian,(p=0.008). Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran belajar bagi kedua-dua jenis kumpulan sama ada berdasarkan PNGK (p=0.05) atau berdasarkan program pengajian (p=0.054).