Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk menyediakan satu bahan pengajaran bagi topic geometri koordinat yang dapat digunakan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran atau sebagai rujukan. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk mendapatkan pendapat atau maklum balas guru mengenai bahan pengajaran yang disediakan dan penerapan unsur sejarah dalam matematik. Sampel kajian dipilih secara rawak terdiri daripada 30 orang guru matematik sekolah menengah di kawasan Skudai iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Damai Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sutera dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Aminah. Alat kajian yang digunakan ialah soal selidik dan nilai kebolehpercayaan adalah .81. Statistik digunakan bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru memberi reaksi yang positif terhadap penerapan unsur sejarah dalam matematik khususnya topik geometri koordinat.
|