Pembangunan Laman Web E-Rangkaian Menggunakan Pendekatan Penyelesaian Masalah Bagi Topik Rangkaian Komputer

Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman web multimedia interaktif bagi tajuk "E-Rangkaian" yang direka bentuk berasaskan pendekatan pembelajaran Penyelesaian masalah. Proses reka bentuk dan pembangunan laman web secara keseluruhannya menggunakan model reka bentuk pembangunan A...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Idris, Abdul Razak (Author), Abu Bakar, Ahmad Zuhardi (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-11-08.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Projek ini bertujuan untuk membangunkan sebuah laman web multimedia interaktif bagi tajuk "E-Rangkaian" yang direka bentuk berasaskan pendekatan pembelajaran Penyelesaian masalah. Proses reka bentuk dan pembangunan laman web secara keseluruhannya menggunakan model reka bentuk pembangunan ADDIE sebagai garis panduan. Dalam membangunkan halaman web ini, faktor utama yang ditekankan adalah elemen interaktiviti yang digabungjalinkan dengan ciri-ciri pembelajaran yang berkesan seperti pembelajaran berpusat pelajar, kepelbagaian aktiviti, pembelajaran penerokaan dan penilaian berterusan. Projek ini menjadikan grafik, animasi serta susun atur paparan sebagai kekuatan yang dapat dimanipulasikan bagi menarik minat pelajar terhadap topik yang disediakan. Projek ini dibina dengan menggunakan perisian, pengaturcaraan Macromedia Dreamweaver MX 2004 dengan menggabungkan elemen-elemen multimedia seperti hiperteks, animasi, grafik, imej, bunyi, video dan sebagainya . Persepaduan elemen-elemen tersebut membolehkan pelajar meneroka, menggubah dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.