Summary: | Sejak tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggalakkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berasaskan komputer dalam pengajaran terutamanya subjek Sains dan Matematik. Sehubungan itu, satu modul perisian ABM versi Bahasa Inggeris yang bertajuk Sexual Reproduction in Flowering Plant dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan Lima telah dibangunkan. Diharapkan ABM ini dapat membantu guru untuk meningkatkan minat pelajar terhadap subjek Biologi seterusnya menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih konduksif. Oleh itu, suasana pembelajaran menjadi menarik dan berkesan dengan pelbagai elemen multimedia seperti teks, audio, video, grafik dan animasi yang melibatkan kesemua sensori pelajar. Ia akan memudahkan pelajar memahami konsep sains yang abstrak. Perisian Microsoft Office PowerPoint® 2003 merupakan asas pembangunan modul dan mengunakan perisian sokongan termasuklah Sony Sound Forge v7.0, Ulead Gif Animator 5.0, SwiSHmax, Adobe PhotoshopCreative Suite 2, Screen Virtuoso Pro 2.40 dan lain-lain. Modul ini mengandungi lesson, quiz, games, glossary dan user guide. Modul ini dipakejkan ke dalam bentuk cakera padat sebagai fail mudah alih bagi memudahkan penggunaan guru dan pelajar.
|