Summary: | Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perkaitan pembinaankecemerlangan diri pimpinan pelajar menerusi penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Ia jugauntuk melihat hubungan di antara aspek kecemerlangan diri bagi pembinaan sahsiah diri dengankepimpinan dan kepimpinan dengan aktiviti akademik. Kajian ini juga untuk melihat perbezaanaspek kepimpinan diri responden Kajian ini berbentuk deskriptif yang melibatkan 166 orangpelajar yang memegang pelbagai jawatan dalam aktiviti kokurikulum di UTM denganmenggunakan kaedah rawak mudah. Instrumen kajian merupakan set soal selidik dengan tahapkebolehpercayaan 0.75. Data di kumpul dan dianalisis menggunakan SPSS 10.0 untukmendapatkan frekuensi, peratus, min, ujian-t dan korelasi, dan kemudiannya dipersembahkandalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi maklum balas positifterhadap pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan aktiviti akademik menerusi aktivitikokurikulum dengan skor min keseluruhan adalah 4.13. Melalui ujian korelasi pearsonmenunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua hubungan yang dikaji.Daripada segi jantina, ujian-T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspekkepimpinan diri responden. Pada keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pembinaankecemerlangan diri menerusi penglibatan dalam kokurikulum di kalangan pemimpin pelajar diUniversiti Teknologi Malaysia adalah positif.
|