Masalah Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Dalam Merekabentuk Antaramuka Skrin Yang Baik.

Kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah, sumber idea dan pemahaman pelajar tahun akhir fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia dalam merekabentuk antaramuka skrin yang baik. Kaedah deskriptif menggunakan set soalan soal selidik yang telah dibina dan dilaksanakan untuk mendapatkan m...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi, Juhazren (Author), Hussein, Nurul Hazwani (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-10-24.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini adalah untuk mengenalpasti masalah, sumber idea dan pemahaman pelajar tahun akhir fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia dalam merekabentuk antaramuka skrin yang baik. Kaedah deskriptif menggunakan set soalan soal selidik yang telah dibina dan dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat bagi kajian ini. Seramai 66 orang sampel telah dipilih berdasarkan Jadual kreijei dan Morgan dimana sekiranya bilangan populasi 80 orang maka bilangan sample minimum adalah 66 orang. Sample ini terdiri daripada pelajar kursus 4 SPK ( Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia), 4 SPP ( Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik) dan 4 SPT (Sains dan Komputer serta Pendidikan Matematik). Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS untuk mendapatkan min dan peratusan serta frekuensi bagi setiap persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang dikaji mempunyai beberapa masalah dalam merekabentuk antaramuka yang baik dan effektif kepada pengguna.