Sistem Penggera Kereta Dwihala

Tugasan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan terhadap projek reka cipta yang melibatkan penggunaan sistem penggera anti pencuri yang dikenali sebagai Sistem Penggera Kereta Dwi Hala. Pendekatan yang digunakan adalah konsep penggunaan alat perhubungan walkie talkie yang boleh berhubung sec...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Sidek, Rosni Zamuddin Shah (Author), Zahari, Khalaily (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-10-21.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Tugasan ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan terhadap projek reka cipta yang melibatkan penggunaan sistem penggera anti pencuri yang dikenali sebagai Sistem Penggera Kereta Dwi Hala. Pendekatan yang digunakan adalah konsep penggunaan alat perhubungan walkie talkie yang boleh berhubung secara dua hala. Sistem ini akan mula berfungsi apabila butang penggera diaktifkan pada alat kawalan jauh setelah pengguna meninggalkan kereta. Sekiranya terdapat pencerobohan yang berlaku kepada kereta tersebut, maka satu isyarat akan dihantar kepada pemegang alat kawalan jauh dengan mengeluarkan bunyi alat penyaring (buzzer) dan juga alat getaran (vibrator). Sekiranya keadaan ini berlaku, maka pengguna kenderaan tersebut akan mengetahui bahawa kereta menghadapi masalah dan seterusnya pengguna tersebut boleh mengambil tindakan yang sewajarnya seperti segera bergegas ke keretanya untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. Seramai 20 orang penduduk dari taman perumahan di taman Sri Pulai dipilih sebagai responden. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden dan bahagian B mengandungi item-item yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 14.0 (SPSS 14.0). Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa keberkesanan dan kefungsian penggunaan sistem penggera kereta dwi hala ini dapat meningkatkan lagi keyakinan pemilik kereta terhadap aspek keselamatan keretanya. Projek reka cipta ini dicadangkan supaya dipatenkan agar tidak diciplak atau ditiru oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.