520 |
|
|
|a Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah dan perbezaannya dari segi demografi (program pengajian, jantina, bangsa, kelayakan akademik, aliran sekolah menengah) di kalangan pelajar Tahun Satu Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Seramai 385 orang pelajar telah dipilih secara rawak untuk menyertai kajian ini. Alat kajian yang digunakan ialah Senarai Semak Masalah Pelajar (SSMP), dibangunkan oleh Syed Shafeq (2008), yang mengandungi 232 item. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini adalah 0.94. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian 'Statistical Package for the Social Sciences' (SPSS 11.5). Teknik statistik pemeratusan telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian yang diperolehi mendapati kategori masalah yang paling mengganggu responden adalah Penyesuaian dan Kerjaya Masa Depan (67.3%), dikuti Moral dan Agama (56.7%) dan Kegiatan Sosial dan Rekreasi (53.6%). Manakala kategori masalah yang paling kurang mengganggu responden pula ialah Kewangan, Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan (35.9%), dikuti Kurikulum dan Kaedah Pengajaran (34.8%) dan Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani (33.5%). Berdasarkan analisis, didapati kategori masalah yang menganggu responden dari segi demografi (program pengajian, jantina, bangsa, kelayakan akademik, aliran sekolah menengah) adalah sama iaitu penyesuaian dan kerjaya masa depan. Namun terdapat perbezaan, kategori masalah yang paling kurang menganggu responden dari segi demografi (program pengajian, jantina, bangsa dan aliran sekolah). Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.
|