Literasi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Syariah 1: Satu Kajian Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas), Klang

Kajian ini dilakukan bagi mengetahui literasi pelajar terhadap mata pelajaran Syariah 1 dalam kalangan pelajar tingkatan enam Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Kajian ini juga bertujuan meneliti penguasaan pelajar terhadap bentuk kesalahan dan hukuman dalam jenayah Islam. Tambahan, untuk mengetah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ruskam, Aminuddin (Author), Mohd Zaidi, Siti Noor Dalina (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-10-04.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bagi mengetahui literasi pelajar terhadap mata pelajaran Syariah 1 dalam kalangan pelajar tingkatan enam Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Kajian ini juga bertujuan meneliti penguasaan pelajar terhadap bentuk kesalahan dan hukuman dalam jenayah Islam. Tambahan, untuk mengetahui minat pelajar terhadap mata pelajaran Syariah 1. Populasi kajian adalah seramai 47 orang pelajar tingkatan enam dan sampel dalam kajian ini merupakan keseluruhan populasi. Walau bagaimanapun, hanya 38 set soal selidik dapat dianalisis kerana 9 set tidak dikembalikan. Set soal selidik mengandungi 46 item, telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package For Sosial Science (SPSS). Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian ialah alpha = 0.819. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan literasi pelajar terhadap mata pelajaran Syariah 1 adalah tinggi dengan nilai min 3.86. Manakala min bagi penguasaan pelajar terhadap bentuk kesalahan dan hukuman dalam jenayah Islam juga tinggi iaitu 3.76 dan 3.70. Sementara minat pelajar terhadap mata pelajaran Syariah 1 dengan nilai min 3.89. Cadangan turut dikemukakan untuk makluman dan perhatian pihak tertentu bagi meningkatkan literasi pelajar dalam mata pelajaran Syariah 1. Antara cadangan tersebut ialah Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menyediakan buku teks atau modul pembelajaran mengikut silibus terkini mata pelajaran Syariah STPM dan guru mengambil inisiatif dengan melanjutkan waktu pengajaran dan pembelajaran pada waktu-waktu lain bagi mengatasi masalah masa pembelajaran Syariah 1 yang tidak mencukupi.