Pembangunan Web Portal Berasaskan Moodle Bagi Mata Pelajaran Sains Tingkatan Tiga Bertajuk 'Respiration'

Dalam bidang pendidikan, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan perkara penting untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan. Penggunaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran secara maya telah menjadi kaedah pengajaran masa kini. Ekoran daripada perkembangan teknologi maklumat yang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Jonid, Haji Muslim (Author), Ramli, Nur Nadia (Author)
Format: Article
Language:English
Published: 2010-09-07.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Dalam bidang pendidikan, penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) merupakan perkara penting untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan. Penggunaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran secara maya telah menjadi kaedah pengajaran masa kini. Ekoran daripada perkembangan teknologi maklumat yang pesat, terdapat pelbagai bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat pelajar serta guru untuk membantu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu, pembinaan web portal berasaskan Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) bagi tajuk 'Respiration' ini akan membanyakkan lagi bahan pengajaran dan pembelajaran sedia ada. Web portal ini menggunakan MOODLE sebagai platform utama dan perisian Microsoft Power Point 2007 sebagai platform untuk membangunkan isi kandungan. Web portal ini dibangunkan dengan menggunakan beberapa perisian lain seperti Adobe Photoshop 7, Sony Vegas 8.0, Sound Forge 8.0, Macromedia Flash 8, Ulead Cool 3D dan Ulead GIF Animator 5.0. Web portal ini dilengkapi dengan lesson, quiz, glossary, forum, journal dan games yang mampu memberangsang minat pelajar. Dengan terhasilnya web portal ini, diharapkan proses pembelajaran untuk konsep-konsep yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan difahami oleh pelajar. Katakunci : Bahan Bantu Mengajar (BBM), MOODLE, Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK), Respiration