Summary: | PULAU PINANG, 14 Jan 2016 - Nexus Keilmuan Universiti (UkBN) diharap dapat menjadi asas bagi Universiti Sains Malaysia (USM) mencetuskan impak yang signifikan terhadap pembangunan sosioekonomi negara dan dunia melalui pelbagai aktiviti berteraskan ilmu pengetahuan. Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, perkataan Nexus yang berasal dari Latin circa 1655 bermaksud binding, joining,fastening dan dalam konteks USM, ia boleh dilihat sebagai penyatuan pelbagai disiplin, individu, aktiviti dan sebagainya yang membawa makna kepada tujuan menyeluruh.
|