Kesan Pengajaran Kontekstual Ke Atas Pencapaian Pelajar Dalam Fizik

Pendekatan kontekstual disarankan sesuai bagi mengurangkan kesukaran memahami konsep-konsep fizik yang secara tradisinya diajar terpisah daripada aplikasi. Pendekatan ini dikatakan membolehkan konsep-konsep fizik diperkenalkan dalam konteks kehidupan sebenar. Dengan cara ini, diharapkan pelajar-pela...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ismail, Zurida (Author), Samsudin, Mohd Ali (Author), Mohd Zain, Ahmad Nurulazam (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Sains Malaysia, 2005.
Subjects:
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pendekatan kontekstual disarankan sesuai bagi mengurangkan kesukaran memahami konsep-konsep fizik yang secara tradisinya diajar terpisah daripada aplikasi. Pendekatan ini dikatakan membolehkan konsep-konsep fizik diperkenalkan dalam konteks kehidupan sebenar. Dengan cara ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat meningkatkan prestasi, minat serta motivasi dalam mata pelajaran Fizik. Artikel ini membentangkan dapatan kajian yang bertujuan untuk mengkaji kesan pendekatan pengajaran kontekstual dalam meningkatkan kefahaman konsep-konsep fizik dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Kajian melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan Empat yang mengambil mata pelajaran Fizik. Perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dengan perempuan ditentukan berdasarkan prestasi mereka dalam ujian konsep fizik yang diberi selepas pengajaran yang menggunakan pendekatan kontekstual.