Summary: | Pelancongan menjadi salah satu industri terpenting kerana bukan saja berupaya mengembangkan dimensi fizikal dan ekonomi negara tetapi juga sektor sosial, budaya, politik dan teknologi. Kajian ini meneliti produk ekopelancongan Kajian ini meneliti produk ekopelancongan di Taman Royal Belum dalam pelbagai aspek sejak diwartakan sebagai Taman Negeri dari segi kekuatan,kelemahan, peluang dan ancaman dalam model perancangan dan pembangunan pelancongan wilayah. Pendekatan kajian adalah secara kualitatif dan analisis SWOT (strengths, weakness, opportunity and threats) telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Taman Royal Belum sebagai salah sebuah tarikan destinasi pelancongan banyak menawarkan pelbagai keistimewaan seperti flora dan fauna, masyarakat, tanih, pemandangan dan sebagainya. Namun terdapat kelemahan di sebalik kelebihan ini seperti pembalakan di sekeliling, ketidakseimbangan alam sekitar, pencemaran dan kekurangan infrastruktur asas. Permasalahan ini telah melahirkan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak berkuasa dan masyarakat secara umumnya untuk merealisasikan hasrat bagi memelihara Royal Belum sebagai salah sebuah aset pelancongan negara.
|