Pemikiran Islam dalam 'ayn karya Kemala

Artikel ini mengajukan perbincangan tentang puisi berunsur Islam yang menjadi kecenderungan pengarang dalam genre sastera Islam. Pemikiran Islam yang diutarakan pengarang dalam puisi berunsur Islam ini membuktikan bahawa puisi mampu mengungkapkan kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah SWT yang dia...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nurul Hilwany Che Shaffine (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2015.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Artikel ini mengajukan perbincangan tentang puisi berunsur Islam yang menjadi kecenderungan pengarang dalam genre sastera Islam. Pemikiran Islam yang diutarakan pengarang dalam puisi berunsur Islam ini membuktikan bahawa puisi mampu mengungkapkan kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah SWT yang diadun dengan indah. Justeru, kajian yang melibatkan aspek akidah, syariat dan akhlak Islam yang terungkap dalam pemikiran pengarang ini berkait secara langsung dengan kehidupan umat Islam yang akur akan suruhan Allah SWT. Oleh itu, perbincangan terhadap pemikiran Islam dalam artikel ini merujuk 'Ayn karya Kemala. Analisis himpunan puisi berkenaan memanfaatkan teori Takmilah. Kerangka ini berperanan sebagai pengukur nilai Islam dalam teks yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 'Ayn memperlihatkan kesedaran pengarang sebagai khalifah Allah SWT dalam membawa khalayak menjadi insan al-kamil dan sentiasa bertakwa dan beriman kepada Allah SWT.