Kembali ke fitrah dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad

Manusia dalam hidupnya sentiasa perlu diingatkan, dinasihati dan dipesankan agar tidak melupai tanggungjawab dan amanah sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya. Mereka dituntut agar sentiasa bertaubat daripada segala dosa dan maksiat. Mereka juga diingatkan tentang janji Allah berhubung balasan syurga...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Samsina Abd. Rahman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 2013.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01781 am a22001213u 4500
001 8559
042 |a dc 
100 1 0 |a Samsina Abd. Rahman,   |e author 
245 0 0 |a Kembali ke fitrah dalam puisi-puisi Suhaimi Haji Muhammad 
260 |b Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,   |c 2013. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/8559/1/5094-12080-1-SM.pdf 
520 |a Manusia dalam hidupnya sentiasa perlu diingatkan, dinasihati dan dipesankan agar tidak melupai tanggungjawab dan amanah sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya. Mereka dituntut agar sentiasa bertaubat daripada segala dosa dan maksiat. Mereka juga diingatkan tentang janji Allah berhubung balasan syurga dan neraka di akhirat kelak yang semuanya tergantung kepada amal perbuatan sewaktu hidup di dunia ini. Justeru penyair terkenal dan prolifik Suhaimi Hj. Muhammad telah dengan gigihnya menggunakan genre puisi sebagai wadah dakwah buat seluruh umat manusia khususnya umat Islam, saudara seagama yang perlu dipesankan dan ditegaskan atas nama peranan dan tujuan manusia diciptakan. Melalui lima kumpulan puisinya yang berjudul at-Tariq (2002), an-Nur (2003), Asyik (2006), as-Salam (2006) dan Taman Takwa (2009), dipersembahkan segala kata nasihat, ingatan dan pesanan demi membina peribadi terpuji dan melaksanakan amanah yang termaktub sejak azali lagi. Tegasnya, manusia perlu berdakwah, berilmu, berakhlak mulia dan mengambil pengajaran dan iktibar daripada sejarah silam untuk kembali ke fitrah iaitu mengenali diri dan memahami jalan pulang yang sebenarnya. Analisis ini mengaplikasikan teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4L (SPB4L) janaan Mohd Yusof Hasan dan sebagai rumusannya telah ditemui keempat-empat pemikiran tersebut iaitu Luhur, Lahir, Logik dan Lateral, secara bersepadu dalam puisi-puisi yang dikaji. 
546 |a en