Pulangan pendidikan antara generasi di Malaysia

Artikel ini bertujuan menganalisis kadar pulangan pendidikan antara generasi di Malaysia. Analisis ditumpukan kepada dua generasi yang utama iaitu ibu bapa dan anak. Data dalam kajian ini diperoleh daripada Projek Penyelidikan Arus Perdana UKM 2010 yang bertajuk 'Impak Globalisasi Terhadap Stru...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Tham, Sook Fan (Author), Ishak Yussof (Author), Rahmah Ismail (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01847 am a22001453u 4500
001 8088
042 |a dc 
100 1 0 |a Tham, Sook Fan  |e author 
700 1 0 |a Ishak Yussof,   |e author 
700 1 0 |a Rahmah Ismail,   |e author 
245 0 0 |a Pulangan pendidikan antara generasi di Malaysia 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2013. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/8088/1/5571-13407-1-SM.pdf 
520 |a Artikel ini bertujuan menganalisis kadar pulangan pendidikan antara generasi di Malaysia. Analisis ditumpukan kepada dua generasi yang utama iaitu ibu bapa dan anak. Data dalam kajian ini diperoleh daripada Projek Penyelidikan Arus Perdana UKM 2010 yang bertajuk 'Impak Globalisasi Terhadap Struktur Pasaran Buruh di Malaysia'. Bagi tujuan ini, tiga model ekonometrik dibentuk berasaskan kepada model persekolahan Mincer (1974). Logaritma upah bulanan pekerja merupakan pemboleh ubah bersandar manakala pemboleh ubah tak bersandar terdiri daripada bilangan tahun persekolahan, pengalaman bekerja, status generasi, jantina, kaum, sektor pekerjaan dan lokasi kediaman. Kaedah Penganggaran Kuasa Dua Terkecil (OLS) digunakan untuk menganggarkan model yang telah dibentuk. Hasil kajian menunjukkan kesemua pemboleh ubah yang diuji mempengaruhi kadar upah. Walau bagaimanapun, kadar pulangan pendidikan bagi ibu adalah yang tertinggi iaitu 11.40% berbanding dengan bapa (11.29%) dan anak (8.98%). Ini bermakna kadar pulangan pendidikan generasi pertama adalah lebih tinggi daripada kadar pulangan pendidikan generasi kedua. Hasil kajian ini memberi implikasi dasar bahawa kerajaan harus menjana lebih banyak peluang pekerjaan khususnya pekerjaan yang berkemahiran dan berteknologi tinggi untuk generasi kedua. Ini juga selaras dengan matlamat kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi. 
546 |a en