Amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing dalam program mentoring praktikum serta impaknya terhadap kualiti guru pelatih

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing (perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, amalan refleksi, sikap dan sahsiah, nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, kemahiran pengajaran dan pembelajaran) dalam program men...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Syed Ismail Syed Mustafa (Author)
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm, 2013.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing (perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, amalan refleksi, sikap dan sahsiah, nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, kemahiran pengajaran dan pembelajaran) dalam program mentoring praktikum serta melihat impaknya terhadap kualiti guru pelatih (nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, sikap dan sahsiah). Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan yang menjadikan reka bentuk kajian kuantitatif sebagai data utama dan data kualitatif daripada kajian kes sebagai data sokongan. Bagi kajian kuantitatif, seramai 535 orang guru pelatih telah digunakan untuk menilai aspek amalan bimbingan pengajaran pensyarah dan guru pembimbing, manakala 144 orang pensyarah dan 159 orang guru pembimbing untuk menilai kualiti guru pelatih telah dipilih secara rawak daripada setiap IPG Zon Tengah yang terlibat dalam kajian ini. Dua pensyarah, dua guru pembimbing dan dua guru pelatih terlibat dalam kajian secara kualitatif. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi melibatkan Manova dan korelasi Pearson. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa amalan bimbingan pengajaran bagi pensyarah dan guru pembimbing yang paling dominan adalah dalam aspek pelaksanaan pengajaran (ming = 4.59, s.p = .17). Kajian menunjukkan kualiti guru pelatih yang paling tinggi adalah dalam aspek sikap dan sahsiah (min = 4.49, s.p. = .21). Kajian mendapati wujud hubungan antara amalan bimbingan pengajaran (r = 0.13, p = 0.02 (p < 0.05) pensyarah dan guru pembimbing terhadap kualiti guru pelatih.