Penggunaan sumber tenaga, guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia: analisis sebab-penyebab

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara penggunaan sumber tenaga, guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dengan menggunakan pendekatan ujian sebab-penyebab. Ujian ini untuk melihat kewujudan hubungan jangka panjang antara guna tenaga dan penggunaan sumber tenaga yang merangku...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Selamah Maamor (Author), Rizaudin Sahlan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2005.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan antara penggunaan sumber tenaga, guna tenaga dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia dengan menggunakan pendekatan ujian sebab-penyebab. Ujian ini untuk melihat kewujudan hubungan jangka panjang antara guna tenaga dan penggunaan sumber tenaga yang merangkumi penggunaan petroleum (OIL), pengggunaan elektrik (ELEC) dan penggunaan arang batu (COIL). Disamping itu, kajian ini juga ingin melihat hubungan penggunaan setiap jenis tenaga dengan pertumbuhan ekonomi dan hubungan guna tenaga dengan pertumbuhan ekonomi. Apakah wujud hubungan yang jelas antara ketiga-tiga pembolehubah secara sehala atau hubungan berbilang. Kajian ini akan menjawab persoalan tersebut dengan mengaplikasikan penggunaan ujian model VAR tanpa kekangan dan model VECM. Hasil kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan bagi ketiga - tiga pembolehubah tersebut.