Kajian persepsi pelajar terhadap tahap profesionalisme guru Pendidikan Islam MRSM
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian pelajar terhadap kepemimpinan guru Pendidikan Islam MRSM. Tumpuan kajian adalah untuk melihat tahap kepemimpinan guru pendidikan Islam daripada aspek (i) imej dan integriti, (ii) pengajaran dan pembelajaran, (iii) kepemimpinan keagamaan dan (iv) in...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
2009.
|
Online Access: | Get fulltext |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian pelajar terhadap kepemimpinan guru Pendidikan Islam MRSM. Tumpuan kajian adalah untuk melihat tahap kepemimpinan guru pendidikan Islam daripada aspek (i) imej dan integriti, (ii) pengajaran dan pembelajaran, (iii) kepemimpinan keagamaan dan (iv) interaksi dengan pelajar. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang melibatkan 1011 orang pelajar dalam kalangan pelajar MRSM. Sebanyak 10 buah MRSM telah dipilih secara rawak dalam kajian ini. Instrumen kajian dibina sendiri oleh penyelidik untuk menilai empat aspek utama kepimpinan. Kebolehpercayaan instrumen ini adalah tinggi kerana telah diuji melalui kajian rintis terhadap 91 orang responden dan beberapa kali melalui proses pemurnian. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan item ialah 0.9191 (kajian rintis) dan 0.9579 (kajian sebenar). Data dianalisis menggunakan SPSS versi 11.5 (Statistical Package for Social Science) dan dilaporkan dalam bentuk statistik deskriptif berbentuk kekerapan, peratusan dan min sahaja. Hasil utama kajian ini mendapati bahawa tahap kepemimpinan guru Pendidikan Islam MRSM adalah pada tahap yang tinggi berdasarkan penilaian pelajar. Min bagi setiap konstruk yang diperoleh adalah (i) imej dan integriti 4.3068 (tinggi), (ii) pengajaran dan pembelajaran 4.0573 (tinggi), (iii) kepemimpinan keagamaan 4.0775 (tinggi) dan (iv) interaksi dengan pelajar 4.2537 (tinggi). Skor yang tinggi bagi keempat-empat aspek kepimpinan menggambarkan personaliti guru-guru Pendidikan Islam MRSM sangat mantap dan dipandang tinggi oleh pelajar. Beberapa aspek tertentu yang diteliti masih perlu diberi perhatian dan boleh ditingkatkan. |
---|