Kualiti institusi, makroekonomi dan pelaburan langsung asing (PLA):kajian data panel di negara MENA

Kertas ini mengkaji pengaruh pemboleh ubah institusi dan makroekonomi terhadap pelaburan langsung asing (PLA) di negara MENA (Middle East and North Africa) dengan menggunakan kaedah penganggaran data panel 'Pooled Mean Group' (PMG). Fokus utama kajian adalah untuk menguji pengaruh beberapa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zulkefly Abdul Karim (Author), Chua, Chy Ren (Author), Maryani Yaacop (Author)
Format: Article
Language:English
Published: FEP, 2013.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01854 am a22001453u 4500
001 7022
042 |a dc 
100 1 0 |a Zulkefly Abdul Karim,   |e author 
700 1 0 |a Chua, Chy Ren  |e author 
700 1 0 |a Maryani Yaacop,   |e author 
245 0 0 |a Kualiti institusi, makroekonomi dan pelaburan langsung asing (PLA):kajian data panel di negara MENA 
260 |b FEP,   |c 2013. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/7022/1/vol4ch6.pdf 
520 |a Kertas ini mengkaji pengaruh pemboleh ubah institusi dan makroekonomi terhadap pelaburan langsung asing (PLA) di negara MENA (Middle East and North Africa) dengan menggunakan kaedah penganggaran data panel 'Pooled Mean Group' (PMG). Fokus utama kajian adalah untuk menguji pengaruh beberapa komponen pemboleh ubah institusi iaitu kestabilan kerajaan, profil pelaburan, konflik dalaman, rasuah dan kualiti birokrasi terhadap aliran masuk PLA ke negara MENA. Hasil kajian mendapati faktor institusi memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi aliran masuk PLA ke negara MENA. Subkomponen pemboleh ubah institusi iaitu kestabilan kerajaan, profil pelaburan, konflik dalaman dan kualiti birokrasi adalah signifikan dan berhubung positif dengan aliran masuk PLA ke negara MENA dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, rasuah berhubung secara negatif dengan PLA dalam jangka masa panjang. Selain itu, pembolehubah makroekonomi seperti pertumbuhan KDNK dan keterbukaan ekonomi juga memberi kesan yang positif kepada kemasukan PLA ke negara MENA. Sebaliknya, dalam jangka pendek, semua subkomponen pemboleh ubah institusi dan pemboleh ubah makroekonomi tidak signifikan dalam mempengaruhi aliran PLA ke negara MENA. Oleh itu, dalam usaha menarik pelaburan asing, pembuat dasar di negara MENA perlu menyediakan persekitaran pelaburan yang mesra kepada pelabur dan meningkatkan kualiti institusi domestik. 
546 |a en