Hubungan kecerdasan rohaniah warga tua dengan amalan agama di rumah kebajikan

Kecerdasan rohaniah adalah sangat diperlukan dalam mendepani cabaran semasa. Kitaran kehidupan manusia bermula dari bayi, remaja, dewasa dan tua sudah tentu akan berhadapan dengan rintangan terutamanya kepada golongan warga tua. Kajian mendapati terdapat ramai warga tua yang mengalami masalah dalam...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Elmi Baharuddin (Author), Zainab Ismail (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kecerdasan rohaniah adalah sangat diperlukan dalam mendepani cabaran semasa. Kitaran kehidupan manusia bermula dari bayi, remaja, dewasa dan tua sudah tentu akan berhadapan dengan rintangan terutamanya kepada golongan warga tua. Kajian mendapati terdapat ramai warga tua yang mengalami masalah dalam mengamalkan amalan agama secara sempurna. Situasi ini memerlukan satu medium untuk menentukan hubungan kecerdasan rohaniah dengan amalan agama. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep kecerdasan rohaniah dalam Islam, mengenal pasti latar belakang warga tua, menganalisis amalan agama, tahap kecerdasan rohaniah dan hubungan antara domain kecerdasan rohaniah dengan amalan agama. Manakala kaedah kajian yang dipilih adalah kajian kes (case study). Terdapat seramai enam orang warga tua dari Rumah Seri Kenangan Seremban dan enam orang warga tua dari Kompleks Warga Emas al-Jenderami, Banting telah dipilih secara convenience sebagai peserta kajian. Selain itu, seramai empat orang pakar dalam bidang kecerdasan rohaniah telah dipilih secara purposive sebagai informan. Penentuan bilangan peserta kajian adalah berasaskan kepada ketepuan data. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual berstruktur dan pemerhatian. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan pendekatan tematik (thematic). Hasil kajian mendapati kecerdasan rohaniah dalam Islam adalah berkaitan dengan hati, jiwa, nafsu dan akal fikiran manusia. Dari segi latar belakang warga tua di Rumah Kebajikan, kajian ini menunjukkan majoriti peserta warga tua adalah berumur antara 60-80 tahun,berpendidikan sekolah rendah, pernah bekerja dengan kerajaan dan swasta serta tempoh menetap di Rumah Kebajikan adalah antara 1-6 tahun. Kajian ini juga mendapati amalan agama warga tua adalah terbatas. Bentuk amalan agama yang telah dilaksanakan oleh warga tua ialah solat lima waktu, berpuasa, membayar zakat, melaksanakan haji, membaca al-Quran, berzikir dan qiamullail. Hasil kajian menunjukkan warga tua mempunyai empat domain kecerdasan rohaniah iaitu kecerdasan al-qalb, kecerdasan al-nafs, kecerdasan al-rūh dan kecerdasan al-caql. Kesemua domain ini berada pada tahap yang tinggi serta mempunyai hubungan dengan amalan agama. Secara keseluruhan, kecerdasan rohaniah warga tua dengan amalan agama di Rumah Kebajikan mempunyai hubungan positif yang signifikan.