Ko-pengekspresan reseptor estrogen beta (ERβ) dan aktin otot licin pada tumor filodes di payudara: suatu kajian tisu mikroarai

Proliferasi tumor filodes tertumpu terutama pada bahagian stroma yang dianggap sebagai komponen neoplastik bagi tumor filodes. Reseptor Estrogen (ER) yang memainkan peranan dalam payudara neoplastik juga terlibat dalam perkembangan tumor filodes. ERβ adalah satu jenis klon ER yang dilaporkan hadir p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurhayati H. Munawer (Author), Siti-Aishah Md Ali (Author), Reena Md Zin (Author), Rohaizak Muhammad (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014-02.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02276 am a22001573u 4500
001 6852
042 |a dc 
100 1 0 |a Nurhayati H. Munawer,   |e author 
700 1 0 |a Siti-Aishah Md Ali,   |e author 
700 1 0 |a Reena Md Zin,   |e author 
700 1 0 |a Rohaizak Muhammad,   |e author 
245 0 0 |a Ko-pengekspresan reseptor estrogen beta (ERβ) dan aktin otot licin pada tumor filodes di payudara: suatu kajian tisu mikroarai 
260 |b Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2014-02. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/6852/1/10_Nurhayati.pdf 
520 |a Proliferasi tumor filodes tertumpu terutama pada bahagian stroma yang dianggap sebagai komponen neoplastik bagi tumor filodes. Reseptor Estrogen (ER) yang memainkan peranan dalam payudara neoplastik juga terlibat dalam perkembangan tumor filodes. ERβ adalah satu jenis klon ER yang dilaporkan hadir pada stroma tumor payudara manakala pengekspresan aktin otot licin (SMA) di stroma dapat membandingkan gred histologi tumor filodes. Kami membandingkan pengekspresan ERβ dengan SMA pada komponen stroma tumor filodes menggunakan teknik tisu mikroarai (TMA). TMA dibentuk ke atas 77 kes tumor filodes (46 benigna, 17 pinggiran dan 14 malignan) menggunakan jarum berdiameter 0.6 mm (Alphelys Plaisir, Perancis) dan pewarnaan imunohistokimia dijalankan menggunakan penanda molekul ERβ dan SMA. Tumor filodes kerap hadir pada wanita berusia lebih daripada 40 tahun dengan tumor filodes benigna menunjukkan median umur pesakit paling rendah (p=0.017). Ekspresi ERβ dalam komponen stroma meningkat dengan gred histologi tumor. Sementara SMA menunjukkan ekspresi pada 62.8, 41.2 dan 57.1%, masing-masing bagi tumor filodes benigna, pinggiran dan malignan. Kedua-dua ERβ (p=0.024) dan SMA lebih cenderung hadir pada wanita ≥40 tahun. Kajian menunjukkan hubungan signifikan antara ko-pengekspresan ERβ dan SMA (p=0.047) dan 65.5% daripadanya adalah wanita berumur lebih daripada 40 tahun. Ekspresi SMA yang tinggi pada stroma tumor filodes benigna mungkin menunjukkan potensi proliferasi tumor ini untuk menjadi malignan. Ekspresi tinggi ERβ dengan tumor filodes malignan dan hubungannya dengan SMA mencadangkan ko-pengekspresan kedua-dua penanda molekul ini mungkin berperanan dalam tumorigenesis stroma tumor filodes. 
546 |a en