Penterjemahan kata kerja Bahasa Cina-Bahasa Melayu: satu analisis ketepatan makna padanan

Makalah ini membincangkan kajian padanan kata kerja dalam terjemahan antologi cerpen bahasa Cina-bahasa Melayu. Antologi berkenaan berjudul Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai. Kajian ini bertujuan meneliti ketepatan makna padanan kata kerja. Sebanyak sepuluh (10) kata kerja bahasa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Goh, Sang Seong (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik,FSSK, UKM, 2011.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01965 am a22001213u 4500
001 675
042 |a dc 
100 1 0 |a Goh, Sang Seong  |e author 
245 0 0 |a Penterjemahan kata kerja Bahasa Cina-Bahasa Melayu: satu analisis ketepatan makna padanan 
260 |b Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik,FSSK, UKM,   |c 2011. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/675/1/pp35_56.pdf 
520 |a Makalah ini membincangkan kajian padanan kata kerja dalam terjemahan antologi cerpen bahasa Cina-bahasa Melayu. Antologi berkenaan berjudul Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai. Kajian ini bertujuan meneliti ketepatan makna padanan kata kerja. Sebanyak sepuluh (10) kata kerja bahasa Cina dijadikan data kajian. Sepuluh (10) kata kerja tersebut yang merangkumi seratus dua puluh enam (126) padanan yang berlainan dalam bahasa Melayu telah dikumpulkan daripada enam (6) buah cerpen dalam antologi tersebut yang diterjemahkan oleh enam (6) orang penterjemah berlainan. Kajian ini memanfaatkan himpunan beberapa teori yang telah dipilih secara eklektik iaitu pendekatan penterjemahan tentang kepadanan kata Newmark (1981), teori semantik Kempson (1977), Chierchia & McConnell-Ginet (1990) tentang makna kata kerja, Analisis Komponen Makna oleh Nida (1975) tentang makna hakiki dan makna komposisi argumen serta makna konteks, klasifikasi kata kerja Li Kong Zhi mengikut makna semantik (1998) serta definisi makna oleh Lyons (1977). Kajian ini menunjukkan bahawa padanan kata kerja 'satu lawan banyak' sememangnya wujud dalam penterjemahan kata kerja bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menghasilkan pelbagai jenis padanan iaitu terjemahan tepat, terjemahan berlebihan, terjemahan berkurangan, terjemahan salah dan terjemahan taksa. Kelihatan makna semantik yang didukung oleh sesuatu kata kerja akan menentukan pemilihan kata padanan. Kecenderungan ini diikuti oleh kesesuaian kata padanan tersebut terhadap emik bahasa sasaran dan makna konteks. 
546 |a en