Aplikasi strategi kesedaran metakognisi semasa membaca teks moden dan klasik dalam kalangan murid prauniversiti

Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kesedaran strategi metakognitif dalam membaca bagi murid tingkatan enam. Kajian ini membandingan kesedaran strategi metakognitif yang digunakan dalam membaca teks Bahasa Melayu klasik (BMK) dan teks Bahasa Melayu standard (BMS). Kajian ini menggunakan kae...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahya Othman (Author), Maszuraimah Muizz Sulaiman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM, 2013-05.
Online Access:Get fulltext
LEADER 01879 am a22001333u 4500
001 6372
042 |a dc 
100 1 0 |a Yahya Othman,   |e author 
700 1 0 |a Maszuraimah Muizz Sulaiman,   |e author 
245 0 0 |a Aplikasi strategi kesedaran metakognisi semasa membaca teks moden dan klasik dalam kalangan murid prauniversiti 
260 |b Penerbit UKM,   |c 2013-05. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/6372/1/61-71_Yahya_et_al.UKM.pdf 
520 |a Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti kesedaran strategi metakognitif dalam membaca bagi murid tingkatan enam. Kajian ini membandingan kesedaran strategi metakognitif yang digunakan dalam membaca teks Bahasa Melayu klasik (BMK) dan teks Bahasa Melayu standard (BMS). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan, pemerhatian dan temu bual. Tiga set instrumen digunakan bagi mengumpul data, iaitu (i) teks bacaan Bahasa Melayu standard dan teks bacaan Bahasa Melayu klasik, (ii) soalan kefahaman dan (iii) satu set inventori strategi MARSI (Metacognitive Awareness Reading Strategies Inventory)mengandungi 30 item bagi mengukur strategi pembacaan metakognitif. Seramai 45 murid tingkatan enam dijadikan sebagai sampel dalam kajian ini. Selain daripada itu, pengkaji turut menjalankan pemerhatian dan temu bual terhadap tiga sampel yang dipilih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa,tahap pemahaman murid semasa membaca teks BMK lebih tinggi daripada pencapaian dalam teks BMS. Dapatan juga menunjukkan bahawa strategi metakognitif lebih kerap digunakan semasa membaca teks BMK berbanding teks BMS. Strategi penyelesaian masalah merupakan strategi yang paling kerap digunakan semasa membaca teks BMK dan BMS, dan strategi ini juga mempengaruhi pencapaian markah ujian pemahaman bagi kedua-dua teks bacaan. Secara keseluruhannya, didapati sampel kajian menggunakan strategi metakognitif dalam bacaan mereka pada tahap yang memuaskan. 
546 |a en