Budaya sains asli dan budaya sains moden dalam kalangan pelajar: keselanjaran usaha ke arah enculturation of science

Kajian ini bertujuan untuk untuk meneliti tahap kewujudan budaya sains asli dan kewujudan budaya sains moden, dan membandingkan sama ada terdapat perbezaan kewujudan budaya sains asli dan kewujudan budaya sains moden yang signifikan berdasarkan jantina dan lokasi sekolah. Analisis data secara deskri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kamisah Osman (Author), Erman Har (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012-05.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk untuk meneliti tahap kewujudan budaya sains asli dan kewujudan budaya sains moden, dan membandingkan sama ada terdapat perbezaan kewujudan budaya sains asli dan kewujudan budaya sains moden yang signifikan berdasarkan jantina dan lokasi sekolah. Analisis data secara deskriptif menunjukkan bahawa kewujudan budaya sains asli pelajar kawasan bandar dan luar bandar adalah pada tahap yang sederhana. Manakala budaya sains moden pelajar adalah pada tahap yang tinggi untuk kedua-dua lokasi bandar dan luar bandar. Analisis inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemilikan budaya sains moden antara pelajar mengikut jantina di kawasan bandar, meskipun perbezaan yang signifikan ditunjukkan dalam kalangan pelajar di kawasan luar bandar. Manakala dalam pengukuran budaya sains asli, terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam kalangan pelajar di kawasan bandar dan luar bandar. Dapatan kajian menyediakan bukti emperikal pemilikan budaya sains asli dan seterusnya menuntut pendidik sains agar mengambil kira pemilikan budaya sains asli dalam perancangan proses pengajaran dan pembelajaran sains seterusnya.