520 |
|
|
|a Apabila berbicara tentang pengetahuan bahasa, apa yang sering tergambar dalam pemikiran ialah tentang pengetahuan nahu. Nahu sering dipersepsikan sebagai merepresentasikan pengetahuan bahasa. Hakikatnya, nahu hanyalah sebahagian daripada keseluruhan pengetahuan bahasa. Pengetahuan bahasa sebenarnya merangkumi pengetahuan tentang budaya, kehidupan sosial penutur, taboo, kesopanan dan kesusilaan, pragmatik dalam berbahasa dan sebagainya. Dalam makalah ini, akan dihuraikan konsep pengetahuan bahasa yang sebenar berdasarkan pandangan pelbagai bidang dalam disiplin linguistik seperti psikolinguistik, sosiolinguistik, pragmatik dan sebagainya. Konsep pengetahuan bahasa yang sebenar akan dibincangkan dalam konteks pendidikan bahasa Melayu di Malaysia, pentadbiran dan urusan formal, juga dalam konteks bahasa dan pembentukan tamadun bangsa. Akhirnya akan dirumuskan apakah konsep pengetahuan bahasa Melayu yang menyeluruh yang seharusnya menjadi pegangan para perancang pendidikan bahasa, iaitu pengetahuan bahasa Melayu terdiri daripada dua komponen pengetahuan, nahu bahasa Melayu dan kecekapan berbahasa Melayu. Makalah ini juga akan memberikan penilaian tentang kemampuan bahasa Melayu menjadi mekanisma penyatuan seluruh rakyat Malaysia berteraskan konsep satu Malaysia.
|