Summary: | Makalah ini membincangkan penghayatan tradisi lisan Melayu dalam kalangan orang Cina Kelantan. Kajian ini didasarkan pada tiga jajahan iaitu Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Mas. Kajian lapangan yang dilakukan di kawasan kediaman orang Cina. Tradisi lisan dalam masyarakat Cina Peranakan dilihat dari aspek kehidupan mereka seperti aspek bahasa, pakaian, makanan, kraftangan, kesenian dan kaedah perubatan. Data kajian enunjukkan bahawa mereka berasimilasi dengan budaya Melayu dan Siam di Kelantan. Dengan menerima budaya tempatan ke dalam amalan harian, mereka kelihatan seperti orang Melayu. Tradisi lisan Melayu seperti wayang kulit, menorah dan mak yong dihayati dengan baik dalam kalangan mereka.
|