Perbandingan dialek Bajau Kota Belud dan Bajau Semporna, Sabah
Makalah ini mendokumentasikan sebahagian daripada aspek dialek Bajau di dua buah daerah, iaitu Kota Belud dan Semporna, dan membandingkan antara kedua-duanya. Didapati kedua-dua dialek ini adalah berasal daripada satu rumpun sama rumpun Austronesia di bawah Keluarga Dialek Bajau. Wujudnya dua entiti...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
2010.
|
Online Access: | Get fulltext |
Summary: | Makalah ini mendokumentasikan sebahagian daripada aspek dialek Bajau di dua buah daerah, iaitu Kota Belud dan Semporna, dan membandingkan antara kedua-duanya. Didapati kedua-dua dialek ini adalah berasal daripada satu rumpun sama rumpun Austronesia di bawah Keluarga Dialek Bajau. Wujudnya dua entiti Bajau berbeza walaupun penutur dialek sama adalah kerana faktor spatial/ruang geografi kedudukan mereka. Ini menimbulkan sedikit perbezaan daripada segi leksikal. Perbezaan tersebut didorong oleh pengaruh peminjaman leksikal daripada suku-kaum yang hidup berjiranan dengan mereka di dua lokasi geografi itu. Dialek Bajau pantai barat lebih dekat dengan dialek Melayu khususnya dari aspek sintaksis berbanding dengan Bajau pantai timur yang lebih dekat dengan dialek Sama-Bajau yang dituturkan di selatan Filipina. Meskipun demikian, kesalingfahaman antara kedua-dua penutur dialek ini masih wujud meskipun dalam peratusan yang kecil. |
---|