Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu

Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu.Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafi...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zaitul Azma Zainon Hamzah (Author), Ahmad Fuad Mat Hassan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM, 2011-09.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu.Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada disekeliling mereka. Sehubungan itu tulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu menggunakan hipotesis Sapir-Whorf.Data peribahasa dikumpul daripada empat buah teks peribahasa Melayu iaitu Kitab Kiliran Budi, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, 1001 Peribahasa Melayu, dan Peribahasa SPM. Hasil kajian mendapati peribahasa Melayu memaparkan pemikiran Melayu dalam lima kategori falsafah iaitu pemikiran tentang kewujudan (metafizik),pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistimologi), pemikiran tentang moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam ini (logik), dan pemikiran tentang keindahan (estetika). Kajian juga membuktikan terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf. Kesimpulannya, penelitian terhadap peribahasa Melayu telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu dalam penciptaan peribahasa Melayu dengan bersumberkan alam sekeliling.