'Umran Al 'Alam dari perspektif Ibn Khaldun: suatu anjakan paradigma

Kajian ini bertujuan membandingkan corak perjalanan pelancong dari beberapa pasaran utama ke Malaysia selain menganalisis kesan perbelanjaan per kapita mereka kepada ekonomi Malaysia. Untuk tujuan tersebut analisis deskriptif daripada data sekunder dan analisis Input- Output (I-O) digunakan. Tinjaua...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mahayudin Hj Yahaya (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Institut Kajian Rantau Asia Barat, 2011.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membandingkan corak perjalanan pelancong dari beberapa pasaran utama ke Malaysia selain menganalisis kesan perbelanjaan per kapita mereka kepada ekonomi Malaysia. Untuk tujuan tersebut analisis deskriptif daripada data sekunder dan analisis Input- Output (I-O) digunakan. Tinjauan data sekunder mendapati perjalanan antara pasaran ini didorong oleh pelbagai motif antara yang utama ialah bercuti dan urusan perniagaan. Perjalanan yang berbeza membawa sedikit perbezaan dari segi perbelanjaan. Analisis perbelanjaan antara pasaran dalam kajian ini mendapati pelancong dari Asia Barat merupakan pelancong yang tinggi perbelanjaan per kapita semasa berada di Malaysia iaitu sejumlah RM7,968.60 diikuti oleh pasaran dari Asia dan Pasifik (Australia) RM3951.70, Eropah (United Kingdom) RM3699.00 dan Amerika (Amerika Syarikat) RM2870.50. Kesan perbelanjaan ini telah berjaya mencatatkan peningkatan yang tinggi dari segi output, nilai ditambah, cukai kepada kerajaan, guna tenaga dan juga import berbanding pasaran lain iaitu Asia dan Pasifik, Eropah dan Amerika. Analisis I-O menunjukkan pasaran dari Asia Barat mencatatkan sumbangan terhadap output paling tinggi berbanding pasaran lain iaitu sebanyak RM10,650.09, diikuti oleh pasaran Asia dan Pasifik (RM6571.41), Eropah (RM6250.76) serta Amerika (RM4873.51). Pasaran Asia Barat juga dianggarkan dapat menjana sekitar 0.59 guna tenaga, diikuti sebanyak 0.246 guna tenaga bagi pasaran Asia dan Pasifik dan masingmasing sebanyak 0.192 dan 0.140 guna tenaga oleh pasaran Eropah dan Amerika kesan daripada peningkatan output yang dihasilkan