Kesan hukuman sebat terhadap pesalah jenayah syariah di Aceh

Hukuman sebat yang dilaksanakan menurut prinsip syariah seringkali ditohmah sebagai tidak berperikemanusiaan serta tidak berkesan. Artikel ini mengkaji kesan hukuman sebat terhadap pesalah yang telah dihukum sebat Syariah di Wilayah Aceh. Artikel ini mensasarkan kepada tiga objektif. Pertama, ia men...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hamdani (Author), Muhamad Helmi Md Said (Author), Zinatul Ashiqin Zainol (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Hukuman sebat yang dilaksanakan menurut prinsip syariah seringkali ditohmah sebagai tidak berperikemanusiaan serta tidak berkesan. Artikel ini mengkaji kesan hukuman sebat terhadap pesalah yang telah dihukum sebat Syariah di Wilayah Aceh. Artikel ini mensasarkan kepada tiga objektif. Pertama, ia menganalisis prinsip dan pelaksanaan hukuman sebat syariah. Kedua, ia turut menganalisis serta mengenal pasti kesan pelaksanaan hukuman tersebut di Wilayah Aceh. Ketiga, ia turut mencadangkan metod pelaksanaan hukuman yang praktikal serta ideal. Secara keseluruhannya, artikel ini adalah berasaskan kepada sebuah kajian sosio-perundangan yang dianalisis secara kualitatif. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual ke atas pesalah yang telah dihukum sebat, mereka yang ada disekeliling pesalah serta mereka yang melihat secara langsung hukuman sebat tersebut dilaksanakan. Data kemudiannya dianalisis kandungannya secara kritis. Kaedah pemerhatian turut diguna pakai dalam analisis. Hasil kajian mendapati para pesalah yang ditemubual mengakui merasa sangat malu kerana disebat di hadapan orang ramai. Mereka turut mengakui merasai kesan sakit akibat sebatan yang diterima. Para pesalah serta orang yang menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat tersebut turut mengakui merasa insaf untuk tidak melakukan kesalahan di masa hadapan. Dapatan-dapatan di atas sebenarnya membuktikan bahawa hukuman sebat Syariah yang dilaksanakan di Wilayah Aceh sebenarnya berperikemanusiaan serta berkesan dalam mendidik pesalah dan masyarakat. Pelaksanaan hukuman tersebut di Aceh sebenarnya mampu untuk menjawab tomahan yang dilemparkan serta mendidik masyarakat akan keperimanusiaan dan keberkesanan hukuman tersebut.