Sumbangan karya dan interaksi dakwah Abdullah Al-Ghumari
Dakwah atau usaha menyeru manusia ke jalan Allah merupakan kewajipan ke atas umat Islam. Salah satu daripada cabang dakwah adalah melalui penulisan dan pengkaryaan. Ia merupakan tradisi para ulama menyebarkan ilmu pengetahuan melalui medium tersebut. cAbdullah al-Ghumari (w.1993) merupakan tokoh dan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Kesejahteraan Insan dan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia,
2021.
|
Online Access: | Get fulltext |
Summary: | Dakwah atau usaha menyeru manusia ke jalan Allah merupakan kewajipan ke atas umat Islam. Salah satu daripada cabang dakwah adalah melalui penulisan dan pengkaryaan. Ia merupakan tradisi para ulama menyebarkan ilmu pengetahuan melalui medium tersebut. cAbdullah al-Ghumari (w.1993) merupakan tokoh dan digelar al-Mutafannin (polymath) kerana penguasaan dan penulisan yang mencakupi pelbagai bidang ilmu Islam. cAbdullah al-Ghumari telah berperanan sebagai tokoh yang responsif dan progresif terhadap isu-isu semasa yang mewarnai kehidupan umat Islam menerusi penulisannya. Kajian ini bertujuan mengenal pasti peranan cAbdullah al-Ghumari daripada perspektif perkaryaan dan penglibatan dakwahnya. Reka bentuk kualitatif diaplikasikan dalam artikel ini dengan menggunakan pendekatan analisis kandungan berfokuskan kepada kumpulan karya-karya cAbdullah al-Ghumari dan disokong dengan beberapa literasi biografi dan bibliografi mengenai beliau. Seterusnya, data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif dan tematik. cAbdullah al-Ghumari telah menghasilkan karya dalam pelbagai tema dan kategori; antaranya menjawab persoalan semasa, mengkritik fatwa dan merungkai kebatilan dalam usaha menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan golongan. Interaksi beliau dengan masyarakat sama ada bersama para ilmuan atau generasi belia dapat dilihat menerusi hasil pengkaryaannya. Kepentingan kajian ini adalah dapat memperkenalkan kepada umum tentang sumbangan karya dan interaksi dakwah cAbdullah al-Ghumari dalam lapangan umat sekali gus membuka tirai kajian lanjutan buat ahli akademik mendatang. |
---|