|
|
|
|
LEADER |
02294 am a22001453u 4500 |
001 |
17321 |
042 |
|
|
|a dc
|
100 |
1 |
0 |
|a Siti Sarah Hasbullah,
|e author
|
700 |
1 |
0 |
|a Kamariah Abu Bakar,
|e author
|
700 |
1 |
0 |
|a Norasmah Othman,
|e author
|
245 |
0 |
0 |
|a Pembelajaran awal Sains dan kompetensi sosioemosi kanak-kanak prasekolah: satu kajian literatur sistematik
|
260 |
|
|
|b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
|c 2020.
|
856 |
|
|
|z Get fulltext
|u http://journalarticle.ukm.my/17321/1/42147-140523-1-PB.pdf
|
520 |
|
|
|a Kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Ianya membawa kepada penerokaan dan penemuan dunia di sekeliling mereka yang menjadi asas kepada perkembangan pembelajaran sains. Pembelajaran Awal Sains dilihat mempunyai potensi dalam memupuk perkembangan kompetensi sosioemosi kanak-kanak kerana dalam ekplorasi sains yang mereka jalani bersama rakan-rakan, mereka juga dapat memperkembangkan kemahiran sosioemosi seperti memahami kepentingan peraturan, belajar menunggu giliran, mendengar arahan dengan baik, bekerjasama dengan rakan-rakan, membantu orang lain dan mengenali serta memahami perasaan yang berbeza antara setiap individu. Dalam artikel ini, penulis menerangkan bagaimana Pembelajaran Awal Sains dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kompetensi sosioemosi kanak-kanak. Secara khususnya, makalah ini bertujuan untuk mengupas sejauh mana aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan kemahiran-kemahiran proses sains yang digunakan berpotensi dalam memupuk kompetensi sosioemosi kanak-kanak. Berdasarkan kajian literatur yang telah dijalankan, penulis menyenaraikan dan memperincikan tentang lima elemen-elemen Pembelajaran Awal Sains yang dikaitkan dengan kompetensi sosioemosi kanak-kanak prasekolah iaitu: i) peluang terlibat secara aktif; ii) peluang interaksi sosial; iii) peranan guru; iv) persekitaran pembelajaran dan v) pengalaman bermakna. Elemen-elemen ini didapati mempunyai kesan yang positif dan berpotensi dalam mempertingkatkan kompetensi sosioemosi kanak-kanak prasekolah dan boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan di prasekolah kerajaan dan swasta di Malaysia. Adalah diharapkan kajian literatur sistematik ini dapat memperluaskan perspektif dan pemahaman terhadap kebolehlaksanaan Pendidikan Sosioemosi merentasi kurikulum pendidikan awal kanak-kanak.
|
546 |
|
|
|a en
|