Ketagihan penggunaan media sosial terhadap gaya hidup belia

Pada era globalisasi ini tidak dapat dinafikan dunia telah mencipta banyak teknologi canggih untuk memudahkan para pengguna mengakses maklumat dengan menggunakan pelbagai medium jaringan mengikut kehendak masing-masing. Penggunaan media sosial merupakan saluran komunikasi secara digital yang membole...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Filyntiana Tenge Andrew (Author), Zurinah Tahir (Author), Jalaluddin Abdul Malek (Author), Ahmad Rizal Mohd. Yusof (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pada era globalisasi ini tidak dapat dinafikan dunia telah mencipta banyak teknologi canggih untuk memudahkan para pengguna mengakses maklumat dengan menggunakan pelbagai medium jaringan mengikut kehendak masing-masing. Penggunaan media sosial merupakan saluran komunikasi secara digital yang membolehkan para pengguna untuk berkongsi maklumat, berinteraksi dengan segera, berkomunikasi secara dua hala dan penghantaran mesej yang cepat. Media sosial menjadi platform masa kini yang disenangi oleh semua penggunanya. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di dalam media sosial yang canggih ini dapat menarik perhatian belia di Malaysia mendorong kepada ketagihan dalam penggunaan media sosial dan secara langsung mempengaruhi gaya hidup belia. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji faktor utama yang menyebabkan ketagihan penggunaan media sosial dan mempengaruhi gaya hidup belia. Metodologi kajian yang digunakan adalah menggunakan kaedah kauntitatif iaitu mengedarkan borang soal selidik kepada 82 responden dari kalangan belia di UniKL-MFI sama ada daripada pelbagai peringkat umur iaitu dari umur 19 tahun sehingga 35 tahun kerana fokus kajian ini adalah lebih kepada faktor-faktor belia ketagih dalam penggunaan media sosial. Hasil kajian juga mendapati bahawa faktor yang mendorong belia ketagih dengan penggunaan media sosial adalah penggunaan internet, penggunaan alatan gadjet, rangkaian sosial yang meluas, kebergantungan sumber maklumat, penggunaan sumber hiburan, penggunaan games online dan kebergantungan komunikasi melalui media sosial. Sebagai kesimpulannya, faktor yang paling tinggi adalah faktor penggunaan internet yang mencatatkan skor min pada tahap yang tinggi iaitu (M=4.64) yang menunjukkan penggunaan internet dalam kalangan belia mendorong kepada ketagihan media sosial. Ketagihan penggunaan media sosial secara tidak langsung telah mempengaruhi gaya hidup belia dari segi aktiviti, minat, pendapat dan masa yang diperuntukkan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, masalah ketagihan penggunaan media sosial ini perlu dititikberatkan oleh semua pihak agar dapat dibendung supaya ia tidak akan menjejaskan pembangunan belia pada masa hadapan.