E-komik Hikayat Patani: Putera Pewaris Kerajaan (satu analisis tekstual, kepentingan dan cabaran)

Pada era globalisasi kini, komik fizikal telah mengalami transformasi yang memperlihatkan perubahan daripada komik yang dicetak kepada penghasilan e-komik dalam talian. Namun, kajian berkaitan e-komik masih terhad. Melihat kepada kelompongan ini, kajian ini diusahakan ke atas e-komik Hikayat Patani:...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohamed Nazreen Shahul Hamid (Author), Muhammad Nur Saiful Ghazali (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02062 am a22001333u 4500
001 16976
042 |a dc 
100 1 0 |a Mohamed Nazreen Shahul Hamid,   |e author 
700 1 0 |a Muhammad Nur Saiful Ghazali,   |e author 
245 0 0 |a E-komik Hikayat Patani: Putera Pewaris Kerajaan (satu analisis tekstual, kepentingan dan cabaran) 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2021. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/16976/1/43972-159604-1-PB.pdf 
520 |a Pada era globalisasi kini, komik fizikal telah mengalami transformasi yang memperlihatkan perubahan daripada komik yang dicetak kepada penghasilan e-komik dalam talian. Namun, kajian berkaitan e-komik masih terhad. Melihat kepada kelompongan ini, kajian ini diusahakan ke atas e-komik Hikayat Patani: Putera Pewaris Kerajaan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kajian ini melibatkan tiga analisis utama, iaitu tekstual, kepentingan dan cabaran. Analisis tekstual menggunakan lima prinsip komik yang diperkenalkan oleh Hall di dalam penulisannya Five Essential Principles of Comics and Cartooning. Manakala, analisis kepentingan dan cabaran menggunakan kaedah kepustakaan. Hasil analisis dalam aspek tekstual mendapati, e-komik tersebut memenuhi kelima-lima prinsip komik oleh Hall. Hal ini menunjukkan e-komik tersebut mempunyai mutu yang tinggi. Malah, ilustrasi yang dihasilkan juga kaya dengan jati diri Melayu dan tidak terpengaruh dengan sebarang teknik bentuk komik lain serta dihadirkan dengan kandungan cerita yang menarik. Dari aspek kepentingan, e-komik tersebut dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari teks tradisional Hikayat Patani dan sejarah Negeri Patani serta menjadi alat dalam memupuk minat generasi muda untuk membaca dan memperoleh ilmu. Jaringan internet yang lemah, penghasilan bab yang sedikit dan masalah kos yang tinggi adalah masalah yang perlu ditangani, dalam penghasilan e-komik. Justeru, kajian ini mendapati penting bagi lebih banyak e-komik berdasarkan sumber sejarah ataupun teks tradisional supaya peradaban bangsa terus terpelihara. 
546 |a en