Koleksi tembikar tradisional dan tembikar prasejarah di Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang: dokumentasi dan analisis morfologi awalan

Artikel ini melaporkan hasil kerja dokumentasi dan analisis tembikar yang telah dijalankan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Sebanyak lapan belas (18) tembikar tradisional iaitu dua belas (12) daripadanya ialah tembikar jenis terenang, lima (5) jenis belanga dan satu (1) tembikar jenis peri...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Esnita Sonie (Author), Suresh Narayanen (Author), Nasha Rodziadi Khaw (Author), Nini Havela Dishong (Author), Ahmad Fadly Jusoh (Author), Mohamad Ammar Supe (Author), Mohammad Ajib Rosman (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021-04.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Artikel ini melaporkan hasil kerja dokumentasi dan analisis tembikar yang telah dijalankan di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Sebanyak lapan belas (18) tembikar tradisional iaitu dua belas (12) daripadanya ialah tembikar jenis terenang, lima (5) jenis belanga dan satu (1) tembikar jenis periuk serta beberapa serpihan tembikar prasejarah telah direkodkan. Kesemua tembikar ini telah dikaji menggunakan pendekatan morfologi. Analisis morfologi adalah satu bentuk kajian tentang ciri fizikal tembikar seperti saiz, berat, warna, bentuk, ketebalan, kemasan permukaan dan hiasan. Kajian-kajian lalu turut membuktikan bahawa nilai estetika pada tembikar dapat dijelaskan melalui bentuk motif, simbol dan ragam hiasnya. Analisis morfologi yang dijalankan ke atas tembikar prasejarah juga telah menyumbang maklumat asas tentang profil bibir dan ragam hias tembikar dari tiga buah tapak arkeologi di Pahang iaitu Gunung Senyum, Gua Bama dan Gua Sagu. Laporan awal ini diharapkan dapat menjadi bahan rujukan asas bagi kajian tembikar di Muzium Sultan Abu Bakar pada masa akan datang sekali gus memperkasa pengetahuan kita tentang warisan tembikar dulu dan kini di Pahang.