Persepsi terhadap penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun: kajian kes di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil

Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi bagi sesebuah negara yang merdeka. Pengundi mempunyai kriteria calon yang mereka akan pilih di samping ideologi politik yang dianuti oleh calon. Generasi muda merupakan golongan yang mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan budaya politik yang be...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Khairunisa'a Mohamad Noor (Author), Junaidi Awang Besar (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020-06.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Pilihan raya adalah elemen penting dalam sistem demokrasi bagi sesebuah negara yang merdeka. Pengundi mempunyai kriteria calon yang mereka akan pilih di samping ideologi politik yang dianuti oleh calon. Generasi muda merupakan golongan yang mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan budaya politik yang bersikap kritis dan ingin tahu dengan lebih lanjut terhadap sesuatu isu dan mementingkan ketelusan dan integriti. Oleh itu adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis pandangan terhadap penurunan had umur 18 tahun di kawasan DUN Dengkil. Kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan 100 responden di DUN Dengkil manakala kaedah kualitatif pula melibatkan temu bual bersemuka terhadap 10 orang informan yang terdiri daripada ahli politik, pemimpin setempat, aktivis sosial dan orang awam. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan program statistik SPSS. Hasil kajian mendapati responden menyambut baik penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun. Kadar literasi politik dalam kalangan golongan muda juga adalah baik sama ada dari dimensi idea atau institusi melalui pengetahuan tentang konsep politik dan pentadbiran serta penguasaan dalam isu-isu politik setempat dan nasional. Kajian ini telah membawa pengukuhan kepada konsep literasi politik yang akan mempengaruhi partisipasi masyarakat ke dalam politik dengan lebih matang dan rasional.