Perkembangan teknologi komunikasi dan sumbangannya kepada pentadbiran British dan masyarakat di Negeri-Negeri Selat 1902-1938

Sistem komunikasi merupakan elemen penting untuk melicinkan pentadbiran selain menyediakan kemudahan perhubungan kepada masyarakat tempatan. Perkembangan ekonomi dan perubahan sistem pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat mendorong pentadbiran British untuk memperkenalkan sistem komunikasi moden...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Koh, Kuan Wei (Author), Zubaidah V. P. Hamzah (Author), Azlizan Mat Enh (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2021.
Online Access:Get fulltext
LEADER 02325 am a22001453u 4500
001 16651
042 |a dc 
100 1 0 |a Koh, Kuan Wei  |e author 
700 1 0 |a Zubaidah V. P. Hamzah,   |e author 
700 1 0 |a Azlizan Mat Enh,   |e author 
245 0 0 |a Perkembangan teknologi komunikasi dan sumbangannya kepada pentadbiran British dan masyarakat di Negeri-Negeri Selat 1902-1938 
260 |b Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,   |c 2021. 
856 |z Get fulltext  |u http://journalarticle.ukm.my/16651/1/39821-152422-1-PB.pdf 
520 |a Sistem komunikasi merupakan elemen penting untuk melicinkan pentadbiran selain menyediakan kemudahan perhubungan kepada masyarakat tempatan. Perkembangan ekonomi dan perubahan sistem pentadbiran British di Negeri-Negeri Selat mendorong pentadbiran British untuk memperkenalkan sistem komunikasi moden di Negeri-Negeri Selat bagi memudahkan urusan penyampaian maklumat. Kebanyakan kajian lepas dalam aspek perhubungan adalah lebih berfokus kepada perkembangan sistem pengangkutan berbanding sistem komunikasi. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti usaha-usaha yang dilakukan oleh British dalam pembangunan teknologi komunikasi di Negeri-Negeri Selat dan sumbangannya kepada pentadbiran dan penduduk tempatan. Kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah kaedah kualitatif yang berasaskan metodologi sejarah dengan menjadikan bahan primer sebagai sumber analisis utama. Antara fail yang dirujuk ialah fail kolonial CO273 Colonial Office: Straits Settlements Original Correspondence dan CO275 Colonial Office: Straits Settlements Sessional Papers. Kajian mendapati bahawa pelbagai usaha telah dilakukan oleh British di Negeri-Negeri Selat untuk membangunkan sistem komunikasi yang sempurna dan efisien. Antaranya menaik taraf kemudahan telefon dan telegraf dengan menaik taraf talian-talian sedia ada. Talian-talian telefon dan telegraf juga ditambah di seluruh Negeri-Negeri Selat seterusnya memperluaskan jaringan ke Negeri-Negeri Melayu yang lain. Teknologi tanpa wayar juga diperkenalkan di Singapura dan Pulau Pinang untuk menyediakan teknologi komunikasi moden dan canggih pada era tersebut. Transformasi dalam sistem komunikasi di Negeri-Negeri Selat telah menyumbang kepada kelancaran urusan pentadbiran selain memberi manfaat dalam bidang sosial dan ekonomi. 
546 |a en