Klasifikasi varian Miriek (VM): bukti integrasi linguistik

Penelitian ini adalah satu usaha ke arah mengklasifikasi sub etnik varian bahasa Miriek di Miri, Sarawak. Klasifikasi merupakan tugasan penting yang kedua selepas tugasan merekonstruksi yang kedua-duanya merupakan tugasan penting dalam bidang linguistik bandingan sejarawi. Kajian ini menggunakan pen...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar Mohammed (Author), Rahim Aman (Author), Shahidi A. Hamid (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020-12.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Penelitian ini adalah satu usaha ke arah mengklasifikasi sub etnik varian bahasa Miriek di Miri, Sarawak. Klasifikasi merupakan tugasan penting yang kedua selepas tugasan merekonstruksi yang kedua-duanya merupakan tugasan penting dalam bidang linguistik bandingan sejarawi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mendeskripsikan variasi kebahasaan yang terdapat di Kampung Bakam, bahagian Miri Selatan, melalui kaedah perbandingan untuk meneliti dan melihat bentuk hipotesis purba Bahasa Miriek (BMkP). Dalam kajian ini, kaedah rekonstruksi dan klasifikasi dalaman diaplikasikan dengan melihat kepada kriteria perbandingan lima sub etnik VM yang bersumberkan daripada satu bahasa yang sama. Berdasarkan data-data perbandingan yang dilakukan antara BMkP dengan sub etnik VM menunjukkan bahawa terdapat beberapa fonem BMkP yang masih dikekalkan (retensi) serta adanya yang telah mengalami perubahan (inovasi) dalam sub etnik VM. Perubahan dan ciri-ciri ini merupakan elemen penting dalam usaha untuk melakukan klasifikasi. Hasil dapatan data memperlihatkan sub etnik VM tidaklah begitu terpisah jauh daripada BMkP dan hal ini dapat membantu menjelaskan hubungan kekerabatan antara sub etnik VM dengan bantuan menggunakan gambar rajah untuk melihat keterikatannya dalam memupuk hubungan integrasi sesama VM.