Media sosial, alat komunikasi alternatif suara wanita: satu kajian mengenai peranan wanita berhijab dalam sub-budaya muzik metal di Indonesia
Peranan wanita dalam dunia sub-budaya terutama komuniti bawah tanah hingga sekarang ini masih dianggap kecil terutama di negara Timur yang penduduknya majoriti beragama Islam seperti Indonesia. Pengaruh media popular mengenai citra negatif seakan menutupi suara kecil golongan wanita yang berada dala...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
2020.
|
Online Access: | Get fulltext |
Summary: | Peranan wanita dalam dunia sub-budaya terutama komuniti bawah tanah hingga sekarang ini masih dianggap kecil terutama di negara Timur yang penduduknya majoriti beragama Islam seperti Indonesia. Pengaruh media popular mengenai citra negatif seakan menutupi suara kecil golongan wanita yang berada dalam lingkungan sub-budaya sehingga masyarakat pada umumnya tidak mengetahui mengenai keterlibatan mereka dalam arena sub-budaya. Selepas runtuhnya rezim orde baharu, media massa di Indonesia semakin bebas akan penyiaran pelbagai maklumat, tidak sedikit daripada media yang menyudutkan wanita sub-budaya metal beserta elemennya. Imej negatif semakin kuat manakala kaum wanita berhijab ikut dalam kebudayaan tersebut diantaranya subbudaya muzik metal. Alasan lain yang mungkin boleh dikaitkan dengan penolakan ini adalah citra wanita berhijab dengan kaum yang anggun dan terhormat sangat berbeza dengan citra sub-budaya metal yang penuh akan nuansa pemberontakan justeru masih dianggap pantangan di mata masyarakat pada umumnya. Pesatnya kemajuan media baharu seperti media sosial membuka peluang bagi kaum wanita berhijab untuk terlibat dalam sub-budaya muzik metal dan lebih aktif menyuarakan ideologi serta bakat mereka. Kajian ini menganalisis bagaimana cara kaum wanita berhijab yang tergabung dalam komuniti metal di Indonesia mengkomunikasikan suara mereka melalui pelbagai macam media sosial. Dengan bermunculannya pelbagai media sosial kaum wanita berhijab dapat menyajikan maklumat secara bebas terkait dengan pencitraan golongan wanita demi menangkis imej negatif tentang sub-budaya muzik metal di mata masyarakat. |
---|