Penilaian analisis keperluan kepada penggunaan bahasa isyarat bagi Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pendengaran

Bahasa isyarat menjadi bahasa komunikasi utama Orang Kurang Upaya (OKU) kategori kurang pendengaran bagi berurusan dengan manusia normal. Walaupun ramai manusia normal ingin berkomunikasi dengan OKU kurang pendengaran, namun disebabkan kurang kemahiran dalam berbahasa isyarat menyukarkan mereka untu...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Naimie Mohd Nawawi (Author), Mohd Khairul Amri Kamarudin (Author), Fuad Mohd Jali (Author), Mohd Syaiful Nizam Abu Hassan (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Bahasa isyarat menjadi bahasa komunikasi utama Orang Kurang Upaya (OKU) kategori kurang pendengaran bagi berurusan dengan manusia normal. Walaupun ramai manusia normal ingin berkomunikasi dengan OKU kurang pendengaran, namun disebabkan kurang kemahiran dalam berbahasa isyarat menyukarkan mereka untuk berkongsi maklumat diantara satu sama lain. OKU kurang pendengaran perlu membuat temu janji terlebih dahulu dengan Jurubahasa Isyarat (JBI) apabila ingin menggunakan perkhidmatan penterjemah. Jika di sektor pejabat awam pula, kebiasannya amat sukar bagi golongan ini untuk berkomunikasi, apatah lagi apabila melibatkan urusan rasmi dan kebajikan. Di luar negara, urusan seperti pentadbiran, keagamaan dan papan tanda di jalan raya telah mengadaptasi bahasa isyarat untuk memudahkan OKU kurang pendengaran. Justeru itu, kajian awal ini akan mengenalpasti tahap keperluan dan penggunaan bahasa isyarat di Terengganu agar permasaalahan OKU kurang pendengaran dapat diatasi. Kaedah analisis regrasi digunakan bagi mengetahui kekuatan hubungan diantara keperluan dengan penggunaan di dalam kajian ini. Seramai sembilan belas responden yang terdiri daripada ahli Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) telah dipilih bagi menguji instrument kajian. Hasil kajian menunjukkan, hubungan dari kedua-dua pembolehubah iaitu keperluan dengan penggunaan adalah signifikan dengan nilai R² 0.624 (62.4%). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif diantara keperluan dengan penggunaan bahasa isyarat bagi kalangan OKU kurang pendengaran. Kesimpulannya, hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan utama bagi pihak berkepentingan dalam mengaplikasikan dan mempertingkatkan lagi keperluan dan penggunaan bahasa isyarat, agar ianya bukan sahaja diketahui oleh golongan OKU kurang pendengaran tetapi juga manusia normal. Hal ini penting bagi memudahkan komunikasi OKU dalam melengkapkan kefungsian sosial mereka.