Teknologi penyejukan dan penyamanan udara untuk pengudaraan masjid di Malaysia: tinjauan dalam konteks peradaban Islam

Masjid yang lestari dan mesra pengguna adalah simbol kepada kesederhanaan dan menjadi contoh sebagai model ikutan dalam mengelakkan pembaziran dan kemusnahan alam serta mencerminkan kegemilangan sesuatu tamadun daripada aspek sains dan teknologi. Kajian telah dilakukan di Masjid Negeri Pulau Pinang...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Azman Hussin (Author), Lim, Chin Haw (Author), Sohif Mat (Author), Elias Salleh (Author)
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020.
Online Access:Get fulltext
Description
Summary:Masjid yang lestari dan mesra pengguna adalah simbol kepada kesederhanaan dan menjadi contoh sebagai model ikutan dalam mengelakkan pembaziran dan kemusnahan alam serta mencerminkan kegemilangan sesuatu tamadun daripada aspek sains dan teknologi. Kajian telah dilakukan di Masjid Negeri Pulau Pinang bagi menilai kesan penggunaan teknologi penyejukan dan penyamanan udara daripada aspek keselesaan terma dalaman dan penggunaan tenaga elektrik. Dua model kajian digunakan iaitu Model Asas (MA) dan Model Pengoptimum (MPO) yang diuji di lapangan sebenar dan turut mengambil kira tahap penerimaan terma rasa responden. Suhu bilik bagi Model MA dilaras pada operasi normal iaitu 22±0.5°C manakala Model MPO diuji pada suhu bilik neutral 26±0.5°C dengan beza kenaikan sebanyak 4K. Hasil keputusan mendapati Model MPO berupaya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik sebanyak 25% tanpa mengabaikan tahap keselesaan terma Jemaah. Hal ini dibuktikan melalui soal selidik dan maklum balas oleh 812 orang jemaah yang berada dalam suasana persekitaran kedua-dua model ini. Penemuan membuktikan bahawa dengan mengamalkan pengurusan dan operasi berhemah, penggunaan tenaga elektrik untuk teknologi penyejukan dan penyamanan udara dapat dijimatkan. Ini selaras dengan anjuran al-Quran dan Sunnah untuk masjid lestari dan sebagai contoh ikutan bagi bangunan lain.